Skip to main content

Kriteria untuk diserap sebagai kadet PALAPES

Assalamualaikum readers! Posting aku hari ini adalah berkenaan PALAPES. Pernah dengar pasal askar simpanan? Dia lebih kurang macamtulah. Kenapa nak cerita pasal palapes ni? Best ke? Siapa je yang boleh join? Jom teruskan baca posting aku ni.

Sesiapa yang masuk universiti mesti akan ada satu hari yang lebih kurang macam hari persatuan/ kelab macamtu. Dimana pelajar kena pilih nak join kelab apa atau persatuan apa sebagai aktiviti untuk pelajar tahun satu. Biasanya benda ni wajib untuk tahun satu sahaja dan tahun selebihnya tu atas pilihan masing-masing nak stick with the same club or not. 

Baiklah, berbalik kepada point aku tadi. Palapes ada tiga pecahan; Palapes Darat, Palapes Laut & Palapes Udara. Bila lalu lalang masa hari pilih kelab/ persatuan/ badan beruniform tu, mesti korang akan terfikir apakah kelebihan dan perbezaan tiap satu badan beruniform ni? Posting ni tak termasuk Kadet Polis dan JPAM ye.

Palapes Darat ni macam tentera daratlah cumanya bila kita sebut palapes ni, ia cuma pasukan simpanan sahaja. Jadi, latihan yang diberikan oleh pelatih tak sama dengan latihan yang askar direct ATM, TLDM & TUDM alami. Tapi itupun nasib koranglah. Kalau jurulatih tu pernah jadi komando, korang dapatlah feel training komando kejap. Hihi. Samalah juga untuk Palapes laut dan udara. Cumanya masa latihan nanti ada perbezaan dan korang tak akan berlatih bersama. Maksudnya, darat, udara dan laut ada kem base mereka masing-masing. Tiap kali latihan, apa-apa makanan, pakaian & alatan keperluan akan diambil dari kem base masing-masing. Tak bercampur.

Jadi korang berminat tak untuk join Palapes ni? Jom kita tengok kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang kadet palapes. 

Pertama sekali yang perlu korang tahu untuk join badan uniform ni adalah pengajian mestilah sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas. Sebabnya latihan yang akan dijalankan adalah selama 3 tahun sebelum pelajar ditauliahkan. Tauliah? Nanti aku buat posting cerita pasal tauliah.

Kedua adalah pelajar sepenuh masa untuk pengajian korang tu. Bukan pengajian jarak jauh sebabnya Palapes ni dia punya latihan tiap minggu. Jadi korang kena hadirkan diri ke latihan tanapa gagal untuk cukupkan jam sebagai bukti korang layak ditauliahkan. Aik tauliah lagi? Ha sabar-sabar. Tunggu posting tauliah aku.

Yang ke-3, lulus ujian IQ. Ha? Ada ujian IQ? Biar betul? Ye ini bukan main-main. Walaupun sekadar askar simpanan, mereka nak ambil yang betul-betul menggunakan akal tau. Bukan semberono buat keputusan. Tentera ni banyak kena guna akal dan juga skill. Bukan kekuatan semata! Jadi tak guna korang berbadan sado tapi tak pandai gunakan akal yang diberikan oleh Allah swt. Chill ye adik-adik sekalian, soalan IQ tu korang boleh google. Takdelah dapat sebiji tapi lebih kuranglah. Jadi korang boleh agak soalan dia macam mana. Ha, tu pun kira guna akal apa! Haha
 
Seterusnya, pastinya sihat tubuh badan. Korangkan nak join askar simpanan, takkan askar ada yang sakit-sakit pula? Macam mana nak mempertahankan negara jikalau ada ancaman musuh. Cewah! Takpe, yang ni korang jangan risau sebab dia ada ujian kesihatan sebelum diserap masuk tu. Jadi korang boleh prepare awal-awal kesihatan korang sebelum hari saringan tersebut. Cumanya kalau ada asma tak digalakkanlah sebab ada lari-lari nanti semput, susah kat korang, susah dekat jurulatih bertugas pula.

Yang ke-4, lulus ujian ketahanan fizikal. Ini pun ada hari yang akan ditetapkan. Jadi korang boleh prepare fizikal korang, training lari-lari, push up semua dulu. Kalau tak silap ada 4 ujian iaitu sit up, lompat jangkau, push up & larian 2.5 km. Kalau lulus semua, korang akan dipanggil untuk ujian seterusnya.

Yang terakhir, interview session. Yang ini korang akan di temuduga oleh salah seorang bakal jurulatih korang dan juga pihak atasan palapes. Nervous? Eh mestilah dik. Terbayang askar garang macam dalam citer Kapten Zana tu ek? Haha rileks. Diorang ni pun manusia juga. Diorang faham macam mana rasanya kena temuduga. Jadi, jadilah diri sendiri. Jawab soalan tu kena yakin. Tunjukkan yang korang tu memang layak diserap untuk tentera simpanan. Dah lepas semua ujian ni, akan ada acara angkat sumpah kadet dan bermulalah kehidupan korang sebagai kadet palapes.

Itulah sedikit-sebanyak info yang dapat aku berikan mengenai kriteria serapan sebagai kadet palapes ni. Kriteria ni mungkn berubah mengikut keadaan semasa (kalau palapes laut kena lulus ujian berenang) jadi korang banyak-banyakkanlah bertanya kepada senior ye.

Jadi adakah anda bersedia untuk jadi salah seorang kadet PALAPES? Sesiapa yang sukakan cabaran, sukakan badan beruniform sejak dari sekolah dulu, nak menerapkan leadership dan juga team work dalam diri? Inilah masanya. Nak cari awek/pakwe pun boleh masa ni. Haha okay tu gurau. Jadi kalau berminat, daftarlah. Peluang sekali seumur hidup sebabnya degree korang nak ambil pun sekali je. Ke korang nak ambil dua tiga kali degree? Haha. Ini memang betul. Sekali seumur hidup sebabnya ditawarkan untuk tahun satu saja. Kalau tahun 2, 3 nak join macam dah tak boleh sebab minimum kelayakan tahun pengajian adalah 3 tahun dan ke atas. Korang nak ke duduk uni korang tu tak grad-grad sampai kesudah member lain dah grad kau je duduk situ sebab nak habiskan training? haha Jurulatih pun akan reject permohonan korang tu. Jadi fikir-fikirkan lah ye. Adios!




Comments

Popular posts from this blog

Review Oman Air (In Bahasa)

Assalamualaikum, readers! Jadi bulan Februari lepas aku dan keluarga telah pergi bercuti ke 6 buah negara di benua eropah. Kami pilih trip bulan februari sebab masa ni klimaks untuk percutian musim sejuk. Jadi dapatlah merasa snow sikit-sikit dengan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa. Trip kami bermula di Klia pada 27 februari dan berakhir di Lapangan terbang di Paris pada 8 March 2019. Untuk pengetahuan semua, kami sertai trip dibawah pakej al-ilmi travel & tours. Jadi ini bukan trip backpackers ya 😅 Aku pergi bersama keluarga jadi lebih eloklah menggunakan khidmat travel agency memandangkan ayah dan ibu aku pun dah berumur. Kalau backpacker macam susahkan dorang pulakkan. Sebelum- sebelum ni trip kami pergi biasanya akan menggunakan penerbangan Air Asia ataupun Malaysia Airlines. Kali ni kami dapat merasa terbang menggunakan penerbangan Oman Air. Wah, macam kapal terbang baru je. Eksaited juga sebenarnya bila nak naik flight haritu hihi. Tiket kami adalah fly-thru jadi ka