Skip to main content

Review Oman Air (In Bahasa)

Assalamualaikum, readers! Jadi bulan Februari lepas aku dan keluarga telah pergi bercuti ke 6 buah negara di benua eropah. Kami pilih trip bulan februari sebab masa ni klimaks untuk percutian musim sejuk. Jadi dapatlah merasa snow sikit-sikit dengan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa.

Trip kami bermula di Klia pada 27 februari dan berakhir di Lapangan terbang di Paris pada 8 March 2019. Untuk pengetahuan semua, kami sertai trip dibawah pakej al-ilmi travel & tours. Jadi ini bukan trip backpackers ya πŸ˜… Aku pergi bersama keluarga jadi lebih eloklah menggunakan khidmat travel agency memandangkan ayah dan ibu aku pun dah berumur. Kalau backpacker macam susahkan dorang pulakkan.

Sebelum- sebelum ni trip kami pergi biasanya akan menggunakan penerbangan Air Asia ataupun Malaysia Airlines. Kali ni kami dapat merasa terbang menggunakan penerbangan Oman Air. Wah, macam kapal terbang baru je. Eksaited juga sebenarnya bila nak naik flight haritu hihi.



Tiket kami adalah fly-thru jadi kami akan transit di Muscat, Dubai sebelum sampai ke London. Dapatlah merasa landing kat Dubai sekejap hihi.



Sempat pulaklah aku snap gambar makanan atas flight ni kanπŸ˜‚ Aku suka ambil gambar sebab aku dapat bandingkan dengan airline lain. Macam Oman Air ni bagi aku dia suka bagi makanan. Naik je flight ada pramugari hidang air bagi snek. Lepas flight dah atas awan, dia hidangkan makanan macam dekat gambar atas tu. Kemudian masa untuk tidur. Nanti tiba-tiba korang bangun, ada hidang makanan lagi macam kek dan pastri. Air mineral pun diorang bagi seorang 1 botol. Eh tak kedekut langsung! Masa transit tu korang tak payah bercita-cita nak beli makanan. Komfem dah kenyang punya!

linda

Masa kami naik flight dari Klia-Muscat tu, tempat duduk yang diberi adalah 2-4-2. Jadi Cik Kiah(kawan ma) terpaksa berpisah kejap dengan suami dia(suami dia duduk depan dia). Tapi, quite impressive sebab ruang tempat duduk dia tak sesempit airline lain yang aku pernah naik.

Kami juga diberikan set selimut, bantal, earphone dan juga comfort pack. Dalam comfort pack tu seingat aku ada penutup mata, ubat gigi (tiub kecil) dan berus gigi(bersama penutup). Jadi tak perlu risau kalau mulut berbau masa bangun tidur sebab makan banyak sangat, ada ubat gigi dan berus gigi lagi! haha Tapi yang ini aku tak pasti sama ada penerbangan ke tempat lain ada diberikan comfort pack tersebut atau hanya untuk penerbangan jarak jauh sahaja.

Overall experience untuk Oman Air adalah baik. Tak rugi terbang dengan Oman Air. Ada orang kata Oman Air punya tiket murah berbanding international airline lain tapi aku tak sempat pulak nak buat perbandingan. Korang pernah naik Oman Air? Cer review sikit bawah ni 😊



Comments

Popular posts from this blog

Kriteria untuk diserap sebagai kadet PALAPES

Assalamualaikum readers! Posting aku hari ini adalah berkenaan PALAPES. Pernah dengar pasal askar simpanan? Dia lebih kurang macamtulah. Kenapa nak cerita pasal palapes ni? Best ke? Siapa je yang boleh join? Jom teruskan baca posting aku ni. Sesiapa yang masuk universiti mesti akan ada satu hari yang lebih kurang macam hari persatuan/ kelab macamtu. Dimana pelajar kena pilih nak join kelab apa atau persatuan apa sebagai aktiviti untuk pelajar tahun satu. Biasanya benda ni wajib untuk tahun satu sahaja dan tahun selebihnya tu atas pilihan masing-masing nak stick with the same club or not.  Baiklah, berbalik kepada point aku tadi. Palapes ada tiga pecahan; Palapes Darat, Palapes Laut & Palapes Udara. Bila lalu lalang masa hari pilih kelab/ persatuan/ badan beruniform tu, mesti korang akan terfikir apakah kelebihan dan perbezaan tiap satu badan beruniform ni? Posting ni tak termasuk Kadet Polis dan JPAM ye. Palapes Darat ni macam tentera daratlah cumanya bila kita sebut pa